Joomla модули на http://joomla3x.ru и компоненты.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON HAJJ, UMRAH AND ZIARAH (ICHUZ’2017)
المسجد النبوي في المدينة المنورة
Nabawi Mosque at Medina
باب الكعبة
Kaaba Door
المسجد الحرام من الأعلى
View of Masjidil Haram
المسجد الحرام
Masjidil Haram

Latest News

29 August 2017
14 August 2017
01 January 2017

Welcome اهلا وسهلا

Hajj including Umrah is one of the five pillars of Islam. Therefore, it is compulsory for every Muslim to perform Hajj once in their lifetime; provided that they are physically fit and financially competent. Hajj is only performed for a designated Islamic month while Umrah on the other hand, can be performed all throughout the year. As cited in Quran [2:196] 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
“You shall observe the complete rites of Hajj and Umrah for Allah S.W.T.”

Quoted from the Prophet (peace and blessings be upon him) (Al-Bukhari and Muslim Hadiths)

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةِ أن لاَ إلهَ إلاَّ الله ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلَ اللهِ ، وَإقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَحَجِّ البَيْت ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ - رواه البخاري ومسلم
“Islam has been built on five [pillars]: testifying that there is no God but Allah and that Muhammed is the Messenger of Allah, performing the prayers, paying the zakat, performing the pilgrimage to the holy city of Mecca, and fasting in Ramadan.”


The duty to perform Hajj and Umrah contains a lot of wisdom, philosophy and values. This has encouraged Muslims from around the world to sincerely perform the fifth pillar of Islam even though they have to put in their efforts to be physiologically, psychologically and financially prepared.


The performance of Hajj is also a form of Jihad. Hajj pilgrims encounter the difficulties of travelling which include facing a huge crowd, using physical effort while doing the rituals of Hajj, moving from one place to another and sacrificing their money and time. Thus, the Prophet (peace and blessings be upon him) recommended women and weak men who are unable to participate in the battlefield (Jihad) to perform Hajj as a form of Jihad.


Islam also encourages Muslims to visit other countries that have significant values to fellow Muslims as God has invented this earth for human to explore, investigate and develop within Islamic dimensions.


Islam interprets journey in a wider perspective with various terms other than Hajj and Umrah i.e. Safar, Ziarah, Rehlah and Siyahah with the purpose of enhancing knowledge, spreading of Islam, recreation and flee from the threats of Islam. This is all to gain the blessings of Allah S.W.T.

As cited in Quran, [Surah al-An’am verse 11]

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ 
"Travel through the land; then observe how was the end of the deniers."

As Hajj, Umrah and Ziarah have become part of Muslims’ life, there are issues and challenges which need to be discussed in order to have a better understanding on the journey and execution of Hajj, Umrah and Ziarah so as to help Muslims ensure that they are performing these endeavours in accordance to the Syariah perspective. This has opened up a path for Muslim and non-Muslim scholars to discuss these issues and challenges in conferences, seminars and intellectual discourse. Hence, UiTM Sabah branch is organizing the International Conference of Hajj, Umrah and Ziarah (ICHUZ) 2017 on the 19th to 20th September 2017 for this purpose. This conference intends to gather all academics, business entities, and Muslim scholars to have intellectual discussions on any pertinent issues regarding Hajj, Umrah and Ziarah as well as to propose ways in overcoming current challenges. Hopefully, this conference will be an avenue for the creation of new ideas and innovation for Hajj, Umrah and Ziarah within the Islamic perspective.

=========================================================================================

Ibadat Haji termasuk juga umrah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Hukumnya ialah fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang mukallaf dan mampu. Firman Allah S.W.T. dalam surah alBaqarah ayat 196;

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya : " Dan sempumakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W.;

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةِ أن لاَ إلهَ إلاَّ الله ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلَ اللهِ ، وَإقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَحَجِّ البَيْت ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ - رواه البخاري ومسلم 

Maksudnya : "Didirikan islam itu di atas lima rukun : Pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah S.W.T dan bahawasanya Muhammad S.A.W. itu pesuruh Allah. Mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.'

Kewajipan menunaikan haji dan umrah mengandungi hikmah dan falsafah yang banyak dan bernilai telah mendorong umat Islam dari seluruh dunia menanam hasrat untuk melakukan ibadat tersebut walaupun terpaksa berusaha lebih sedikit mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan material untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut.

Selain ibadah haji dan umrah , Islam juga amat menggalakkan agar umatnya mengembara dan menziarahi negara dan tempat-tempat yang boleh memberi impak kesedaran kepada manusia. Allah SWT menciptakan alam ini adalah untuk kegunaan manusia. Manusia boleh meneroka, menyiasat dan membangunkan alam untuk faedah kehidupan manusia di dunia. Walau bagaimanapun penerokaan, penyiasatan dan pembangunan alam ini lebih bermakna jika ia dilakukan mengikut garis panduan yang ada dalam Islam. Islam mengungkapkan pengertian melancong mempunyai perspektif yang luas dan boleh diungkapkan pengertiannya dengan pelbagai istilah. Pelancongan dalam Islam iaitu Safar (سفر), Ziarah (زيارة), Rehlah (رحلة), Siyahah (سياحة), serta Umrah dan Haji masing-masing merangkumi tujuan pelancongan seperti urusan perniagaan, menuntut ilmu, berdakwah, melihat kejadian alam, mendapat maklumat dan iktibar, kesihatan, rekreasi, silaturahim dan berlindung daripada ancaman serta perubahan sikap untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam al-Quran :

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ   

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul) itu”. (Surah al-An’am: 11 )

Selain itu juga dalam perlaksanaan ibadah haji,umrah dan ziarah dalam Islam ini, terdapat banyak isu dan perbincangan fiqh yang sifatnya sentiasa terbuka dan boleh dibincangkan dalam pelbagai medium perbincangan seperti majlis ilmu, seminar dan juga konferensi bagi membantu meningkatkan kefahaman umat Islam di samping membantu umat Islam dalam melaksanakan ibadah haji, umrah dan ziarah dalam kerangka syariah dan menepati kehendak dan matlamat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Penganjuran Koferensi Antarabangsa Haji, Umrah dan Ziarah yang dicadangkan ini, mampu untuk mengumpulkan ahli akademik, pemain industri dan juga ulamak kontemporari yang bertujuan untuk memperluaskan kefahaman umat terhadap perkara yang menjadi keutamaan dalam Islam dalam aspek ibadat Haji, Umrah dan Ziarah ini, khususnya dalam menangani isu-isu masa kini yang sarat dengan aspek-aspek yang perlu ditimbang dengan konsep-konsep keutamaan dalam agama. Mudah-mudahan Konferensi Antarabangsa Haji, Umrah dan Ziarah yang dianjurkan dapat memberi input yang positif kepada para peserta serta membuka minda ke arah memahami tuntutan perlaksanaan Ibadat haji, umrah dan ziarah yang sebenar dan menangani isu-isu semasa yang sangat mencabar.

0
0
0
s2sdefault

Contact Us

ICHUZ'2017 Secretariat
The International Conference on Hajj, Umrah and Ziarah (ICHUZ'2017)
Universiti Teknologi MARA Sabah Branch
Kota Kinabalu Campus
 
88450 Kota Kinabalu,
Sabah, MALAYSIA.

 Dr Hajah Zuraidah Zaaba
 088-325151, 088-513676
 Whatsapp : 0168136966
 ichuz2017@uitm.edu.my


 

Our Location

Disclaimer

The content of the website is subject to change. The information on hyper linked or referred to web sites is neither investigated nor analyzed by the conference organizers. No warranty or representation, express or implied, is given as to the accuracy or completeness of that information. In no event will the conference organizers accept any liability with regard to the information contained in this web site or any other hyper linked or referred to web sites.