INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT (IPR) SUPPORT FUND

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Datin/ Prof. / Prof. Madya/ Dr. / Tuan / Puan 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (BPJIMA) UiTM Cawangan Sabah telah melancarkan Intellectual Property Right (IPR) Support Fund.  IPR Support Fund adalah skim pembiayaankhususuntuk staf UiTM Cawangan Sabah bagi bayaran yuran pendaftaran hak cipta yang didaftarkan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). IPR Support Fund ini bertujuan untuk menggalakkan pendaftaran hak cipta di kalangan staf UiTM Cawangan Sabah dan seterusnya menaikkan pencapaian Petunjuk Prestasi UiTM Cawangan Sabah bagi tahun semasa

Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan pautan URL Google Form Permohonan IPR Support Fund dan disertakan poster berkenaan untuk rujukan pihak YBhg. Datuk / Datin/ Prof. / Prof. Madya/ Dr. / Tuan / Puan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kami menerusi emel berikut: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk / Datin/ Prof. /Prof. Madya/ Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my