BANTUAN KEWANGAN WARGA OKU UiTM (BKWO-UiTM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua warga OKU UiTM, permohonan Bantuan Kewangan Warga OKU UiTM (BKWO-UiTM) telah dibuka mulai 2 April 2021 sehingga 18 April 2021.

Bantuan ini adalah hasil daripada inisiatif prihatin UiTM melalui Tabung Cakna OKU UiTM yang telah ditubuhkan pada Mac 2020.

Justeru itu semua warga OKU UiTM seperti berikut dipelawa untuk memohon BKWO-UiTM:
✅ 1. Pelajar OKU (berstatus aktif)
✅ 2. Staf OKU (Tetap atau Kontrak)
✅ 3. Staf Mempunyai Tanggungan OKU (Pasangan /Anak Kandung / Anak Angkat / Ibu Bapa / Adik Beradik Kandung) menetap bersama.

Bersama ini disertakan borang permohonan.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web:
💻upo.uitm.edu.my💻

🌹Dikesempatan ini juga pihak UPO UiTM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua para penderma budiman diatas sumbangan dan sokongan berterusan bagi pemerkasaan OKU UiTM🌹

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"PENYERTAAN OKU: TIADA YANG TERTINGGAL DALAM AGENDA PEMBANGUNAN 2030"

♿Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM)♿

#upouitm
#jomcaknaoku
#uitmprihatin
#kitaUiTM

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my