SYARAT - SYARAT PERMOHONAN ZAKAT
- Beragama Islam;
- Pelajar UiTM sepenuh masa yang mengikuti pengajian di peringkat pra, diploma, dan ijazah sarjana muda;
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universiti;
- Pelajar hanya layak membuat sekali permohonan bagi setiap semester;
- Pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan yatim piatu digalakkan untuk memohon dan dikategorikan sebagai asnaf.
- Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan seperti PTPTN, yayasan negeri dan sebagainya.
- Memenuhi syarat had kifayah dan kategori asnaf uitm yang ditetapkan.
PANDUAN MEMOHON
- Permohonan zakat hendaklah diisi secara online melalui pautan E-HEP UiTM Shah Alam (Menu 6.0).
- Pemohon hendaklah melengkapkan segala maklumat di dalam sistem permohonan online.
- Pemohon hendaklah menjalani proses temuduga dengan panel yang ditetapkan dan membawa dokumen-dokumen berikut semasa temuduga diadakan.
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pelajar / salinan surat tawaran
- Salinan penyata gaji / surat pengesahan pendapatan / penyata pencen ibu/bapa/penjaga
- Salinan slip bank bayaran yuran atau bil yuran pengajian
- Salinan muka hadapan buku atau penyata akaun simpanan (Bank Islam sahaja)
- Salinan keputusan peperiksaaan terkini
- Salinan surat perakuan kematian (jika berkaitan)
- Salinan slip pendaftaran subjek (bagi pelajar semester 7 dan ke atas).
- Salinan surat tawaran pinjaman PTPTN. (jika berkaitan)
- Salinan surat penolakan pinjaman PTPTN (jika berkaitan)
(dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan benar)
- Pemohon hendaklah menghadiri temuduga pada tarikh yang ditetapkan (tertakluk kepada iklan)
- Untuk keadaan PKP/PKPB, temuduga akan dijalankan secara atas talian seperti whatsapp atau medium lain yang bersesuaian.
- Untuk keadaan PKP/PKPB, dokumen di atas hanya perlu diberi dalam bentuk soft copy dan dimuatkan dalam google form yang akan diberikan kemudian.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:
Razizi bin Tarmuji
Koordinator Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf
UiTM Cawangan Sabah
E-Mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Tel: 011-36544108