SEMAK SYARAT KEMASUKAN KE UiTM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

 

Syabas dan Tahniah kepada saudara /saudari yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf! Tiap insan punyai definisi kejayaan yang berbeza-beza. Jadikan kejayaan / pencapaian anda satu titik permulaan untuk membina masa depan yang baik untuk diri anda, keluarga, bangsa, agama dan negara! Kami di UiTM Cawangan Sabah mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah!

 

 

UiTM menawarkan lebih 500 program pengajian pendidikan tinggi di pelbagai peringkat pengajian yang dijalankan di lebih 30 kampus di seluruh Malaysia. Ayuh sertai Ekspo Maya Selangkah ke UiTM 2021 bersama kami di https://youtu.be/r7OKUjdBLo0 untuk mengetahui lanjut mengenai program pengajian di UiTM. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai ekspo ini secara maya khas di YouTube UiTM Channel menerusi pautan berikut : https://www.youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZC7vDWyL9_jutJzxfKA0QK7

 

Untuk makluman dan persediaan para pemohon yang budiman, Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semakSYARAT yang terbaru bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM. Ianya lebih mudah diakses dan difahami. Hanya masukkan keputusan dan boleh tahu program apa yang anda layak mohon di UiTM. Boleh klik http://semaksyarat.web.app atau https://selangkah.uitm.edu.my/

 

 

Perkembangan terkini boleh diikuti melalui saluran-saluran media rasmi kami di :

Facebook Rasmi UiTM : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Instagram Rasmi : @uitm.official Twitter Rasmi : UiTM Official

Facebook Rasmi UiTM Cawangan Sabah : Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah - Media FB Rasmi

Laman Sesawang : https://uitm.edu.my/ Instagram

Rasmi UiTM Cawangan Sabah : uitm_sabah.official Laman Sesawang : https://sabah.uitm.edu.my/

 

Terima kasih dan kami ucapkan selamat berjaya kepada semua pemohon.

 

#uitmpilihanutama #uitmdihatiku #JomMasukUiTM