SEPANGAR - Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah UiTM Cawangan Sabah hari ini berlangsung dengan lancar, sebagaimana yang dijadualkan. Cuaca yang baik dan kehadiran peserta membolehkan daging-daging korban diagihkan kepada para peserta dan orang ramai seawal jam 12.30 tengahari, meskipun sembelihan haiwan korban bermula pada jam 9.30 pagi. Staf dan para pelajar turut sama membantu dalam melapah dan membungkus daging korban.

  DSC 2565e   DSC 2580e  
  DSC 2598e   DSC 2600e  


Pemangku Pengerusi Jawatakuasa Pelaksana Majlis Ibadah Qurban tahun ini, Ustaz Abdullah Khalid berkata, 3 ekor lembu serta 2 ekor kambing telah ditumbangkan. Sebahagian besar haiwan-haiwan tadi diniatkan korban dan bakinya adalah ibadah Aqiqah.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Rektor UiTM Sabah, Datuk Dr. Abd Kadir Hj Rosline dan Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Jasman Jaafar. Datuk Rektor juga telah berbesar hati menyampaikan agihan daging korban kepada para peserta dan hadirin. 

DSC 2608e DSC 2609e DSC 2610e  
 DSC 2611e  DSC 2618e  DSC 2621e  
DSC 2624e DSC 2603e  


Sebelum pulang, semua hadirin dijamukan dengan jamuan nasi dan sup tulang sepertimana kebiasaan pada tahun-tahun lepas. Namun, pada tahun ini supnya lebih sedap dan lebih ‘umph’. Program ini diadakan di Bukit 2 (Perumahan).

    photo 2016 09 12 21 53 47e   

Terdahulu, para staf secara beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidil Adha di Pusat Islam UiTM Sabah kira-kira jam 7.30 pagi.

Pihak Jawatankuasa Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah 1437H/2016 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. ٍSebelum daripada itu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah, Prof. Madya Yunus Ab Samed melahirkan rasa terkilannya kerana tidak dapat bersama-sama AJK dan warga UiTM kerana terpaksa pulang ke kampung di Kelantan. Beliau mengharapkan agar majlis ini berjalan dengan sempurna. Semoga ibadat ini diterima oleh Allah S.W.T. 

 

Laporan: Mazuki Izani Ismail