BANJARMASIN, 6-7 SEPTEMBER – Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) kali ke-9 telah berlangsung dengan jayanya di hotel Rattan Inn, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Konferensi tahunan pada kali ini yang bertemakan "Melestari Halal dan Memperkasa Dakwah di Borneo" dihoskan oleh Universiti Lambung Mangkurat (ULM).

     
  Mufti Sabah, SS Datuk Ustaz Bungsu Aziz @ Jaafar turut hadir dan menyampaikan ucaptama di Konferensi ini  

Sebanyak 98 kertas kerja daripada pelbagai universiti dan institusi berjaya dikumpul dan dibentangkan pada konferensi kali ini. Kesemua kertas kerja dibukukan dalam Prosiding KAIB 9 setebal 572 halaman (ISBN: 978-602-9092-89-9).

     
  Buku Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-9, Indonesia  

UiTM Sabah menyumbangkan 15 kertas kerja dalam kenferensi kali ini. Kertas-kertas kerja tersebut ialah:

PSS038:  Hukum Pemberian Zakat Kepada Non-Muslim Dalam Konteks Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah - Razizi bin Tarmuji
PSS054:  Tinjauan Pemahaman Konsep Halal Oleh Pengusaha Dan Penjual Sayuran Organik Di Kundasang, Sabah, Malaysia – Dr. Hendry Joseph
EKP061:  Kajian Kepuasan Pelajar UiTM Sabah Terhadap Sistem Pengurusan Zakat Atas Talian - Mazuki Izani Ismail
PSS078:  Keprihatinan Warga UiTM Cawangan Sabah Terhadap Pemilihan Restoran Halal : Kajian Kota Kinabalu, Sabah - Siti Saidatulakmal binti Arishin
EKP104:  Pemasaran Produk Halal: Tahap Keyakinan Konsumer Terhadap Logo Halal - M.M. Firdaus
PSS037:  Proses Agihan Zakat Secara Efektif Di Universiti Awan Malaysia : Pengalaman UiTM Cawangan Sabah - Mohd Azri Aripin
EKP151:  Accelerating The Growth Of Bumiputera (بوﻤﻴﭭوﺘﻴﺮﺍ) Entrepreneurs Through The Formation Of Lembaga Iks Negara (LIKSN) – Dr. Rozita @ Uji Binti Mohammed
PSS044:  Persepsi Terhadap Agama Dan Sains Dikalangan Pelajar Aliran Sains UiTM Sabah: Memperkasakan Dakwah Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran - Ajis Lepit
PSS059:  Aplikasi Akad Dan Jenisnya Dalam Jual Beli Mengikut Perspektif Islam – Dr. Suhaila Abdul Muin
EKP148:  Trend Kutipan Zakat Perniagaan Di Negeri Sabah - Nor Alhana Abd Malik
EKP097:  Pembangunan Harta Wakaf Di Sabah Menerusi Instrumen Wakaf Tunai - Nor Alhana Abd Malik
PSS101:  Potensi Rumah Anak Yatim Sebagai Saluran Dakwah Dan Tarbiyyah Yang Berkesan Kajian Kes: Rumah Anak Yatim Home Tuaran, Sabah - Ahmad bin Suman
PSS102:  Perintah Berkurung ESSCOM: Suatu Perlanggaran Hak Asasi Manusia? - Faiqah binti Mawardi
PSS058:  Pernikahan Poligami Dan Relevannya Terhadap Keutuhan Rumahtangga – Dr. Suhaila Abdul Muin
PSS098:  Kesedaran Terhadap Kepentingan Menuntut Ilmu Pendidikan Al-Quran Di Kalangan Pelajar-Pelajar Muslim UITM Cawangan Sabah - Rozlianah Fitri Binti Said
  *ٍSusunan di atas berdasarkan jadual pembentangan dalam buku aturcara

 

  kaib didi kaib mazuki kaib uji  

Difahamkan bahawa penyertaan daripada UiTM Sabah kali ini mencatatkan penyertaan terbanyak berbanding konferensi-konferensi KAIB yang lepas. Diharapkan momentum ini dapat diteruskan pada konferensi yang akan datang. KAIB ke-10 dijangka akan diadakan di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia pada tahun 2017, ان شاء الله .

Pada hari terakhir konferensi, para peserta dibawa melawat pasar Terapung (Floating Market) oleh Penganjur. Seawal jam 5.30 pagi para peserta bertolak dari hotel ke jeti untuk ke Pasar Terapung yang terletak di Lok Baintan, Banjarmasin. Semua peserta menaiki bot yang hanya berkelajuan 15-20km/j, ia memakan masa kira-kira 1 jam untuk sampai. Pasar Terapung adalah antara tarikan popular pelancongan di sini. Di pasar ini, masyarakat kampung dapat menjual hasil-hasil tanaman mereka dan juga kueh-mueh daripada atas bot masing-masing. Urusniaga ini tidak lama kejadiannya, kira-kira jam 8 atau 8.30 ia biasanya berakhir. 

20160907 071902e   20160907 072421e  20160907 072814e
 20160907 073023e  20160907 073156e  20160907 073317e
 DSC 2457e  DSC 2463e  DSC 2483e

 

Laporan: Mazuki Izani Ismail