KOTA KINABALU, 21 – 22 Disember 2016 – UiTM Cawangan Sabah yang diwakili oleh RES-Q Team telah memenangi Johan bagi kategori Kerajaan & Swasta untuk produk e-Smart Water Sprinkler yang dipertandingkan di Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016 iaitu Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) Zon Sabah bertempat di TH Hotel, Kota Kinabalu. Pertandingan ini adalah anjuran MOSTI - YIM (Yayasan Inovasi Malaysia) melalui anak syarikatnya YIM Technology Resources Sdn. Bhd (YTR), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersempena Jelajah Inovasi Inklusif Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6).

Tajuk Inovasi: e-Smart Water Sprinkler
Fungsi: Memercik air di kawasan pertanian, penternakan, ladang dan pertanian tanpa kawalan manusia dan menjimatkan sumber air.
Ketua Projek: Mohd. Faizal Bin Achoi
Ahli Pasukan: Franklin Hazley Lai, Muraddin Bin Purag & Mohamad Firdaus Bin Mohamad

Pertandingan Inovasi Inklusif 2016 Zon Sabah01

Encik Mohd. Faizal Bin Achoi menerima hadiah kemenangan daripada Encik Abdul Razak Ahmad General Manager YIM Technology Resources Sdn. Bhd (YTR) / Programme Director HIP6.

 

Pertandingan Inovasi Inklusif 2016 Zon Sabah02

Syabas & tahniah RES-Q Team mewakili UiTM Cawangan Sabah diatas kejayaan memenangi Johan dalam Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016 Zon Sabah.

 

Jelajah Inovasi Inklusif Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6), Cabaran Inovasi Inklusif (I²) 2016 telah dimulakan di Zon Selatan (Johor sahaja) pada bulan Ogos 2016 dan diikuti dengan Zon Pantai Timur (September 2016), Zon Utara (Oktober 2016), Zon Tengah/Selatan (November 2016) dan Zon Sabah & Sarawak (Disember 2016).

 

Laporan olehMuraddin Bin Purag