KOTA KINABALU, SABAH, Selasa, 10 Jan – “National Inter-Varsity Conference 2017” anjuran bersama Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM Sabah), Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah (UiTM Kedah) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Januari 2017 bertempat di UiTM Sabah. Konferensi yang julung kalinya dianjurkan itu telah membawa tema “Sustainability of Global Knowledge”.

National Inter Varsity Conference 2017 1bAhli jawatankuasa penganjur National Inter-Varsity Conference 2017 diketuai Prof. Maznah Wan Omar (UiTM Kedah), duduk no 4 dari kiri, Dr. Imelda Albert Gisip (UiTM Sabah), duduk no. 3 dari kiri dan Dr. Rini Suryati Sulong (UMS) duduk no. 2 dari kiri.

Selaku penganjur bersama, UiTM Sabah yang diketuai oleh Dr. Imelda Albert Gisip, UiTM Kedah diketuai Prof. Dr Maznah Wan Omar dan UMS diketuai oleh Dr Rini Suryati Sulong dengan beberapa orang ahli akademik dari ketiga-tiga universiti tersebut telah menghadiri dan seterusnya membentangkan kertas kerja pada konferensi ini. Sebanyak sembilan kertas kerja telah berjaya dibentangkan dalam konferensi tersebut daripada 18 kertas kerja daripada pelbagai bidang yang telah berjaya dikumpul untuk konferensi pada kali ini dan bakal diterbitkan di dalam buku dan jurnal terpilih.

National Inter Varsity Conference 2017 2bAhli jawatankuasa penganjur bersama UiTM Sabah, UiTM Kedah dan UMS bergambar bersama-sama para peserta

Di antara objektif konferensi ini ialah untuk mengadakan sesi berinteraksi dan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mengenai isu-isu terkini dalam bidang berkaitan untuk pensyarah UiTM Kedah, UiTM Sabah dan UMS selain menyediakan platform untuk mengumpulkan bahan-bahan kajian dalam bidang-bidang berkaitan untuk penerbitan jurnal hasil usahasama UiTM Kedah dan UiTM Sabah. Selain itu, konferensi ini dapat menyediakan wadah perbincangan berhubung potensi kolaborasi di antara ketiga-tiga pihak penganjur pada masa akan datang.

 

 

 

Laporan oleh: Dr. Imelda Albert Gisip