Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (Kampus Kota Kinabalu) bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan /URL seperti berikut :-

  • Iklan Jawatan
  • Borang Permohonan Jawatan Kosong


    CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
    Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Sabah di http://www.sabah.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Aras 5, Menara Wibawa, Univeristi Teknologi MARA Cawangan Sabah. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2018 (Rabu).


    Sila kemukakan permohonan kepada :-

    TIMBALAN PENDAFTAR
    BAHAGIAN PENTADBIRAN
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH
    BEG BERKUNCI 71
    88997 KOTA KINABALU, SABAH
    NO.TEL: (088) 513878 / 513848 / 513845