SEPANGAR, 4 September -  Majlis Qurban dan Aqiqah anjuran UiTM Cawangan Sabah berjalan dengan lancar malah memecahkan rekodnya yang tersendiri setelah kerja-kerja melapah 8 ekor lembu siap sepenuhnya kira-kira jam 11 pagi apabila kerja penyembelihan bermula kira-kira jam 8 pagi. Semua daging korban selesai diagihkan kepada penerima setengah jam kemudiannya.

bannerkorban2017850

 

Yang Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline yang turut menyertai acara ini telah sudi menyampaikan sumbangan daging korban kepada peserta-peserta korban dan orang ramai. Turut hadir ialah Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Jasman Hj. Jaafar, Timbalan Rektor HEP, Tuan Haji Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad, Timbalan Rektor PJIM&A, Dr. Rozita @ Uji Mohamed, Prof. Madya Ustaz Yunus Abd Samed dan mantan Timbalan Rektor HEP, Encik Ag Bakar Ag Tatam.

Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline melahirkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Majlis Qurban dan Aqiqah tahun ini atas kelancaran majlis dan kejayaan penganjurannya. Begitu juga dengan timbalan-timbalan Rektor, mereka berpuas hati dengan pengurusan majlis korban tahun ini. Ini semua adalah berkat kerjasama daripada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakannya, di samping faktor penetapan person in charge atau ketua bagi setiap kumpulan melapah haiwan korban. Ketua ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap haiwan korban; bermula daripada ia disembelih hinggalah kepada peringkat akhir, iaitu pembungkusan dan pengagihan.

Semua yang hadir dapat menikmati jamuan tengahari berupa nasi, sup tulang dan lain-lain seawal jam 12 tengahari. Jemputan jamuan tengahari ini terbuka kepada semua staf UiTM Sabah termasuk yang bukan beragama Islam.

 

korban201719 korban201720 

korban201713 korban201714

korban20176 korban201712

korban201711 korban201717

korban2017224 korban2017225

Kredit Foto: Dr. Rozita @ Uji Mohamed