PENGURUS ASRAMA

m amranpardiEn. M Amran Bin Pardi
Pengurus Asrama Kanan
Unit Pengurusan Kolej & 
NR
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Sabah,
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel No : 088-325 452
Fax No : 088-325 460

Clients' Charter


» Mencapai sekurang-kurangnya 75% pelajar berpuas hati sewaktu pendaftaran kolej
» Memenuhi kapasiti kolej selewat-lewatnya 2 minggu selepas tamat pendaftaran pelajar baru
» Memenuhi kepuasan pelanggan pada tahap 80% terhadap kemudahan kolej
» Menyalurkan aduan pelanggan kepada pihak yang berkenaan dalam masa 1 hari bekerja
» Membantu menjayakan sekurang-kurangnya 6 aktiviti hep setahun
» Menjalankan pemeriksaan ke bilik-bilik pelajar sekurang-kurangnya 1 kali setiap minggu

Function

» Menguruskan Kemudahan Penempatan Pelajar dan Pelawat
» Menguruskan Permohonan Elaun Bantuan Makan Pelajar.
» Menguruskan Kebajikan Pelajar NR

Undang-Undang / Akta-Akta Yang Diguna Pakai

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 174
AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976

BAHAGIAN III
TATATERTIB ASRAMA
PERKARA 25 – 32 (MS29 & 30)


Perkara 29 (1) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengan cermat yang sewajarnya dan tidak boleh melakukan sesuatu yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain kepada mana-mana bahagian taman atau bangunan atau apa-apa benda atau lekapan di dalamnya.

Perkara 30 Jika seseorang pelajar diuntukkan sebuah bilik untuk tempat tinggalnya oleh institusi, ia tidak boleh menukar tempat tinggalnya ke mana-mana bilik tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu yang diberi oleh atau bagi pihak Warden.

Perkara 31
(1)Seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu asrama mengikut budicara dan kesukaan mutlak Institusi.

(2)Institusi boleh menghendaki seseorang pelajar mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Institusi pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.

Clients' Charter

» Menyediakan bantuan kebajikan kepada pelajar yang memohon dan layak.
» Menyediakan kemudahan penginapan 100% mengikut tahap kapasiti sedia ada berdasarkan kelayakkan.
» Menyediakan bantuan elaun makan sekurang – kurangnya 75% kepada pelajar sepenuh masa mengikut kelayakan.
» Merancang dan / atau Menyelaras Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
» Merancang dan / atau Menyelaras Kegiatan Rekreasi dan Aktiviti Lasak Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
» Merancang dan / atau Menyelaras Program Promosi Kesihatan Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
» Merancang dan / atau Menyelaras Program Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
» Memastikan Penglibatan Sekurang-kurangnya 80% Pelajar Di Dalam Aktiviti Sukan.

Services

1. Pendaftaran Masuk Kolej Kediaman

2. Permohonan Kemudahan Kolej Kediaman (e-Kolej)

3. Pendaftaran Peralatan Elektrik

4. Permohonan Kemudahan Elaun Bantuan Makan (e-Insentif)

5. Pendaftaran Keluar Kolej Kediaman

6. Pendaftaran Pelajar Non-Resident (e-NR)


Pendaftaran Kolej

Prosidur Daftar Masuk Kolej

» Notis tempoh daftar bilik
»Tunjuk salinan keputusan – Kaunter PPK
» Ambil Kunci

Permohonan Kemudahan Kolej

Prosidur Permohonan Kemudahan Kolej

» Iklan Keluar
» Mohon on-line – Portal Pelajar
» Cetak salinan
» Keputusan on-line – Portal Pelajar

Pendaftaran Peralatan Elektrik

Peralatan elektrik yang dibenarkan di kolej kediaman adalah seperti berikut:

» Radio berkuasa bawah 15 watt
» Komputer / Laptop
» Printer
» Telefon Bimbit
» Seterika
» Emergency Light

- Kos pendaftaran bagi satu unit alat elektrik adalah sepuluh ringgit (RM10).
- Seorang pelajar kolej hanya dibenarkan membawa satu sehingga tiga peralatan elektrik dalam setiap semester.
- Membawa peralatan elektrik selain daripada yang dibenarkan adalah dilarang.

Permohonan Elaun Bantuan Makan (e-Insentif)

» Permohonan e-insentif dibuat melalui UiTM Student Portal.
» Pelajar pra-diploma, diploma semester 7 dan pelajar ijazah tidak layak memohon.
» Hanya pelajar diploma semester 1-6 sahaja yang layak memohon dan akan diukur berdasarkan jumlah pendapatan dan jumlah tanggungan sesebuah isi rumah.
» Pelajar yang layak memohon boleh mula membuat permohonan selepas tamat Minggu Destini Siswa (MDS)
» Ibu-bapa / penjaga yang berpendapatan RM2500 ke bawah layak memohon dan yang berpendapatan RM2501 dan ke atas tidak layak memohon.
» Selain daripada Ketua Kampung, Pengerusi JKK Kampung juga boleh mengesahkan pendapatan bulanan ibu-bapa / penjaga. (Hanya untuk yang tidak mempunyai slip gaji)
» Nilai elaun bantuan makan bagi seorang pelajar adalah sebanyak RM4 sehari bersamaan dengan RM120 sebulan.



Pendaftaran Keluar Kolej

Prosidur Daftar Keluar Kolej

» Tempoh 2 hari selepas peperiksaan.
» Kemas & bersihkan bilik.
» Serah borang & kunci bilik.

Pendaftaran Pelajar Non-Resident (e-NR)

»
»

Organisation Chart