COORDINATOR

siti sarayati newSiti Sarayati Abd Mawah
Unit Pengurusan Penyelidikan (UPP),
Menara Wibawa,
UiTM Cawangan Sabah,
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel No : 088-513867

Struktur Organisas

URDC kampus Sabah ditadbir oleh seorang Koordinator yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor (Hal ehwal akademik) secara kontrak dari semasa ke semasa, seorang setiausaha, dan 2 orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Pengarah Kampus Sabah. Sejak tahun 1994 sehingga 2008, seramai 11 orang koordinator telah dilantik (Jadual 1).

Vision

Menjadi penggerak budaya penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan di kalangan kakitangan akademik UiTM Cawangan Sabah.

Mission

Menggalakkan kakitangan akademik terlibat di dalam aktiviti penyelidikan, kepakaran perundingan dan sumbangan pengkomersilan untuk menyuburkan budaya ilmu dan kesarjanaan.

Objectives

  • Meningkatkan peratusan penglibatan kakitangan akademik dalam aktiviti penyelidikan, kepakaran perundingan dan sumbangan pengkomersilan.
  • Memastikan hasil penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan adalah berkualiti dan bernilai tinggi.
  • Bekerjasama dengan UiLC bagi menggalakkan kakitangan akademik menggunakan kepakaran dan kebolehan akademik bagi mengujudkan jaringan.

Client's Charter

  • Menganjurkan sekurang-kurangnya dua kali setahun seminar/kursus/bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan.
  • Menghebahkan peluang-peluang penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan kepada kakitangan akademik selewat-lewatnya seminggu selepas menerimanya.
  • Menjadi perantara di antara kakitangan akademik dengan agensi-agensi luar dalam melaksanakan sesuatu projek penyelidikan, perundingan atau pengkomersilan.
  • Menubuhkan kumpulan penilai cadangan projek penyelidikan.
  • Memantau kerja penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan kakitangan akademik setiap tiga bulan.