Pengenalan

  • Aktiviti Kesenian dan kebudayaan pada awalnya diselia oleh Unit Sukan dan Rekreasi.
  • Pada awal tahun 2005, Pusat Kebudayaan UiTM Malaysia telah memohon agar setiap kampus cawangan menubuhkan Unit Kebudayaan sendiri.
  • Unit kebudayaan UiTM di sabah ditubuhkan secara rasminya pada 1 november 2006.
  • Selaras dengan itu, segala kegiatan kebudayaan telah diletakkan dibawah unit ini dimana sebelumnya ianya diselaraskan oleh seorang koordinator di kalangan kakitangan akedemik.
  • Unit kebudayaan ini diwujudkan agar segala kegiatan kebudayaan dan kesenian pelajar dapat dipantau dan diselaraskan dengan lebih berkesan dan menyelaraskan penawaran kokurikulum kebudayaan.
  • Seiring dengan perkembangan semasa, Unit Kebudayaan juga mula dijadikan sumber rujukan organisasi luar berkaitan dengan hal kegiatan kesenian dan kepakaran.