Latar Belakang

Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi termasuk ITM pada akhir tahun 1975 dan awal tahun 1976 adalah merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana peristiwa itu, lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM.

Pada bulan Jun 1976, wujudlah Unit Kesatria ini dan berikutnya di kampus-kampus cawangan. Oleh kerana penubuhannya secara tergesa-gesa, maka wujudlah berlaku tanpa perjawatan. Pengurusan pentadbiran, logistik dan latihan diserahkan kepada warden-warden secara sambilan, kakitangan pejabat dipinjam dari Bahagian HEP, jurulatih-jurulatihnya dipinjam dari Bahagian Keselamatan dan juga dewan makan. Pada tahun 1982, barulah diwujudkan perjawatan Unit Kesatria Shah Alam dan kemudiannya di kampus cawangan.