SUMBANGAN BENCANA BANJIR PELAJAR UiTM CAWANGAN SABAH

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan,

Dua minggu yang lalu, beberapa daerah di negeri Sabah telah dilanda banjir dan mengalami kejadian tanah runtuh.

Sekali lagi, pada 15 September 2021, berlaku banjir kilat dan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan kehilangan dan kerosakan harta benda, rumah hanyut dan ditimpa tanah runtuh dan paling menyedihkan, kehilangan nyawa.

Oleh itu, sebagai usaha untuk membantu pelajar pelajar UiTM Cawangan Sabah yang terkesan dengan bencana ini, pihak kami mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak yang prihatin.


✅ Tiada had minima untuk sumbangan

✅ Resit sumbangan boleh dijana secara automatik dan boleh digunakan untuk pengecualian cukai.

✅Mudah, hanya klik pautan di bawah sahaja.

✅Telus, anda boleh lihat jumlah terkumpul untuk tabung ini.

Marilah bersama-sama membantu pelajar -pelajar yang terkesan dengan bencana banjir ini.

Semoga sumbangan kita dapat membantu serba sedikit kesusahan yang menimpa keluarga pelajar-pelajar UiTM Cawangan Sabah yang terlibat.


Sumbangan ikhlas daripada Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan bolehlah disalurkan melalui pautan berikut:

https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AAS1/02/295

Sekian, terima kasih.

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my