WAKAF PUSAT ISLAM BAHARU

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
Ayuh BERWAKAF TUNAI bagi pembinaan PUSAT ISLAM UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.
 
Rebut peluang berinfaq dan menjadi nadi penggerak kekuatan ekonomi Islam disamping mengejar ganjaran pahala berterusan membina rumah Allah S.W.T. Bersama beriktiqad menjadi aspirasi universiti bagi membangunkan generasi madani, pewaris pertiwi dan pencetus transformasi ummah.
 
Hadis riwayat Abu Hurairah R.A. :-
عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya" (Hadis Riwayat Muslim).
Sumbangan wakaf tunai ke AKAUN AMANAH UiTM CAWANGAN SABAH (Bank Islam Malaysia Berhad) 10052010117797 atau imbas KOD QR SnapNPay seperti di tertera.
 
 
 
Sekian, terima kasih.