KEMPEN MyDebit DI UiTM CAWANGAN SABAH

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
 
*MAKLUMAN KEMPEN MyDebit DI UiTM CAWANGAN SABAH*
Peraduan “Kempen ‘MyDebit di UiTM Cawangan Sabah” dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah bersama Paynet akan berlangsung pada 1 April 2021 hingga 30 Sept 2021.
 
Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Sabah yang merupakan pemegang Kad Mesin Automatik ["ATM"] yang dikeluarkan oleh Institusi Kewangan di Malaysia dengan membuat pembayaran menggunakan kad ATM di mana-mana kaunter pembayaran di UiTM Cawangan Sabah seperti berikut:-
1) Kaunter Bayaran Bahagian Kewangan
2) Kafeteria Kolej Mabul / Manukan / Menara Ilmu / River View
3) Kedai Runcit Kolej Mantanani
 
*Hadiah Wang tunai keseluruhan berjumlah RM50,000.00* menanti untuk dimenangi oleh pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Sabah yang berurusniaga secara myDebit (kad ATM) di lokasi premis yang di nyatakan di atas.
 
Terima kasih.