PEJABATPOLISBANTUAN
MENGENAI PEJABAT POLIS BANTUAN
Pejabat Polis Bantuan bertanggungjawab memastikan persekitaran kampus berada dalam keadaan selamat dan selesa buat semua warga kampus.
Bidang Tugas dan Skop Tugas Pejabat Polis Bantuan :- Rondaan, Bit, Kawalan Statik.
- Kawalan Orang Ramai, memeriksa orang dan kenderaan.
- Melindungi dan mengiringi harta majikan.
- Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah.
- Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.
PIAGAM PELANGGAN
Kami beriltizam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan :-
- Mengambil tindakan bantu mula terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh kurang 7 minit.
- Menurunkan trend kadar jenayah dalam kampus kepada 1%.
- Menurunkan trend kadar pelanggaran peraturan dalam kampus kepada 10%.
- Mengemukakan tindakan susulan ke atas laporan kejadian dalam tempoh 5 hari daripada tarikh laporan diterima kepada pihak yang berkenaan.
- Memberi maklumbalas terhadap permohonan perkhidmatan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh permohonan diterima.
- Menambahbaik secara berterusan prestasi penyampaian supaya aduan negatif tidak berulang.
VISI
Menjadi barisan hadapan kampus dan universiti dalam memastikan persekitaran kampus selamat dan kondusif.
MISI
Mewujud, menyelaras dan memastikan persekitan kampus sentiasa selamat dan kondusif kepada para pelanggan.
OBJEKTIF
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga Universiti secara berhemah dan proaktif.
- Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan secara cekap dan berkesan.
- Menguruskan Pejabat Polis Bantuan untuk menjadi pusat keselamatan yang profesional, berintergriti dan berakauntabiliti.