UNITKOMUNIKASIKORPORAT

MENGENAI UNIT KOMUNIKASI KORPORAT


Unit Komunikasi Korporat di UiTM Cawangan Sabah ditubuhkan pada tahun 2002 dan berada di bawah Pejabat Rektor. Unit ini mempunyai peranan penting untuk memastikan dan mengekalkan imej serta reputasi baik universiti sentiasa berada di tahap optimum.

Unit ini juga memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan baik universiti bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, komuniti, media, majikan-pekerja dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Selain itu, unti ini juga bertanggungjawab untuk memperluas hubungan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Selain bertanggungjawab untuk mengekalkan reputasi dan citra yang baik, sebahagian daripada tanggungjawab lain unit ini adalah untuk mempromosikan universiti kepada masyarakat setempat dan membuka ruang akses yang adil untuk pendidikan tinggi.

Button

PIAGAM PELANGGAN

 

Unit Komunikasi Korporat amat komited untuk: 

  • Mengendalikan memastikan layan baik dan mesra diberikan kepada semua pelanggan selaras dengan perancangan dan objektif universiti dan kampus.
  • Untuk memaklumkan kepada Wakil Pengurusan sebarang aduan untuk tindakan susulan bagi sesuatu aduan yang dimaklumkan oleh pelanggan.
  • Menyelidik dan menganalisa maklum balas pelanggan.
  • Menyelia, memberi khidmat nasihat protokol dan memantau acara rasmi UiTM dengan mengkaji Jadual Perjalanan, Ucapan Selamat, Buku Program, Mesej Teks, Banner, Bunting, latar belakang serta mengendalikan keputusan pada tarikh program, dan surat jemputan kepada Tetamu Kehormat dan Tetamu Luar.
  • Melaksanakan dasar-dasar yang digariskan bersesuaian dengan imej korporat universiti pada setiap masa dengan memantau dan memastikan penggunaan papan tanda, surat dan warna adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan
  • Membina hubungan baik dengan komuniti dan pihak berkepentingan secara keseluruhan melalui program promosi / publisiti, penganjuran program, penyertaan program luar, saluran media cetak dan elektronik serta penerbitan universiti.
Button

VISI

Menjadi peneraju dalam memastikan imej korporat, hubugan baik universiti adalah terjaga dengan semua pihak yang berkepentingan. 

MISI

Memantau dan memastikan imej universiti adalah dalam keadaan yang baik selaras dengan imej UiTM sebagai universiti bumiputera di Malaysia.

OBJEKTIF

  • Memupuk budaya korporat di kalangan komuniti kampus
  • Untuk memastikan penerbitan korporat universiti sesuai dengan prinsip korporat
  • Untuk memastikan publisiti universiti yang tepat dan diterbitkan tepat pada masanya
  • Untuk memberi gambaran imej universiti yang cemerlang dan baik
  • Menjalin dan mengeratkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan seperti badan kerajaan dan bukan kerajaan, masyarakat dan para pelanggan

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my