UNITHAL EHWALISLAM
MENGENAI UNIT HAL EHWAL ISLAM
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pentadbiran Islam di kampus. Unit telah menjalankan beberapa fungsi utama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus, iaitu :
- Bimbingan dan nasihat agama secara peribadi
- Aqidah
- Akhlak
- Ibadah
- Syariah
- Al-Quran
- Kewangan
- Bimbingan dan nasihat agama secara kelompok
- Program Pembangunan Insaniah
- Program Pengukuhan dan Pemantapan Diri
- Program Pemulihan Diri
- Pengurusan Bantuan Zakat dan Sedekah
- Pengurusan Solat Fardhu dan Solat Jumaat
- Khidmat Rundingan Aktiviti berbentuk Kerohanian
- Wacana dan Informasi Islam Semasa
- Program Sambuatn Hari Kebesaran Islam
- Pengurusan aktiviti Kokurikulum melibatkan Kerohanian
PIAGAM PELANGGAN
Unit Hal Ehwal Islam bertekad :
- Memastikan maklumat peribadi klien khidmat bimbingan dan nasihat adalah sulit danterjaga.
- Solat Fardhu dan Solat Jumaat secara berjemaah didirikan tanpa gagal.
- Memproses permohonan bantuan zakat dan sedekah dengan cepat dan betul.
- Memastikan maklumat dan artikel berbentuk kerohanian dan keislaman adalah berdasarkan sumber dan rujukan yang sahih.
- Memastikan program keagamaan dianjurkan bagi menyemarakkan kecintaan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. serta sunnah Rasullulah S.A.W
VISI
Menerajui pembangun pemahaman ilmu Islam di kalangan staf dan pelajar universiti.
MISI
Bertanggungjawab untuk menguruskan semua perancangan dan pelaksanaan aktiviti atau program yang melibatkan usaha membentuk pemahaman jitu dan pengamalan ilmu Islam untuk membentuk generasi yang madani.
OBJEKTIF
- Memperkukuhkan penyebaran ilmu dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program bukan akademik yang berkualiti
- Menawarkan kursus / program dan memfokus kegiatan keilmuan dalam pelbagai disiplin di Universiti mengikut perspektif Islam
- Menyelaras program pengembangan ilmu dan kefahaman Islam
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti bersifat kerohanian bagi memberi pemahaman dan pendedahan yang mendalam terhadap ilmu dan syariat islam.