Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan  seperti berikut:-

UiTM/PER/T/3/15/19
CADANGAN PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN BANGUNAN DI ZON A (AKADEMIK) UiTM CAWANGAN SABAH,
KAMPUS KOTA KINABALU UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN

Tarikh tutup tawaran tender : 20/02/2019 (Rabu) Utusan Malaysia

 

UiTM/PER/T/3/16/19
CADANGAN PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN BANGUNAN DI ZON B (PENTADBIRAN) UiTM CAWANGAN SABAH,
KAMPUS KOTA KINABALU UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN

Tarikh tutup tawaran tender : 20/02/2019 (Rabu) Utusan Malaysia

 

UiTM/PER/T/3/17/19
CADANGAN PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN BANGUNAN DI ZON C (KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR) UiTM CAWANGAN SABAH,
KAMPUS KOTA KINABALU UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN

Tarikh tutup tawaran tender : 20/02/2019 (Rabu) Utusan Malaysia

 

UiTM/PER/T/3/18/19
CADANGAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN KAWASAN LUAR BANGUNAN DI UiTM CAWANGAN SABAH,
KAMPUS KOTA KINABALU BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN

Tarikh tutup tawaran tender : 21/02/2019 (Khamis) Utusan Malaysia

 

UiTM/PER/T/3/19/19
CADANGAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI UiTM CAWANGAN SABAH,
KAMPUS KOTA KINABALU BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN

Tarikh tutup tawaran tender : 21/02/2019 (Khamis) Utusan Malaysia

                                      
 Sila klik pada pautan IKLAN TAWARAN TENDER untuk keterangan lanjut.
                                 

1.    Dokumen Meja Tawaran akan dipamer mulai 24/01/2019 di kaunter Pejabat Bendahari, Bahagian Perolehan, UiTM Cawangan Sabah,
       Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah.

2.    Kehadiran Petender ke Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Hanya Petender yang hadir Taklimat dan Lawatan Tapak
       sahaja yang akan dibenarkan membeli Dokumen Tawaran.

3.    Hanya Penama di dalam Perakuan Kementerian Kewangan (KKM) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak tersebut.
       Petender tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada Penama di dalam sijil-sijil yang dinyatakan.

4.    Petender yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat dan Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan
       seperti berikut :-
          I.    Tidak dibenarkan menyertai Taklimat dan Lawatan Tapak
          II.    Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini
          III.    Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan

5.    Dokumen Tawaran Boleh di beli selepas Taklimat Dan Lawatan Tapak pada waktu pejabat dengan mengunakan Wang Tunai
       /Deraf Bank atas nama BENDAHARI UiTM.

6.    Petender-petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran ASAL KKM, dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada) beserta
       SALINAN sijil-sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut.

7.    Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti yang dinyatakan.

8.    Tawaran ditutup pada Tarikh & Masa yang di nyatakan. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.