Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar di dalam bidang seperti dibawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan bekalan seperti berikut :-

UiTM/CSH/SH/2/19 : Cadangan Pembinaan Laluan Berbumbung Di Laluan Aktif Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.
                                      
                                       Sila klik pada pautan IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA untuk keterangan lanjut.
                                       Tarikh tutup tawaran sebutharga : 23 APRIL 2019 (12:00 t/hari)

Naskah Dokumen Meja Sebut Harga akan mula dipamerkan pada 02/04/2019 di Bahagian Kewangan, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA PENYEBUTHARGA YANG BERALAMAT DI KOTA KINABALU. 

Hanya penama yang berdaftar di dalam  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sahaja yang boleh menghadiri taklimat/lawatan tapak tersebut. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam sijil-sijil yang dinyatakan. Kehadiran adalah WAJIB.

Penyebut harga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Dan Salinan sijil berkenaan semasa
MEMBELI DOKUMEN TAWARAN. Perkhidmatan fotocopy TIDAK DISEDIAKAN dan harap maklum.