Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan  seperti berikut:-

UiTM/PER/T/7/20/19   
Cadangan Penggantian Tangki Sedutan Dan Tangki Menara Di Kolej Mantanani Dan Mabul, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Tarikh tutup tawaran tender : 02/05/2019 (Khamis) 12:00 Tengahari Utusan Malaysia
                              

 Sila klik pada pautan IKLAN TAWARAN TENDER untuk keterangan lanjut.
                                 

1.    Dokumen Meja Tawaran akan dipamer mulai 04/04/2019 di kaunter Pejabat Bendahari, Bahagian Perolehan, UiTM Cawangan Sabah,
       Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah.

2.    Kehadiran Petender ke Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Hanya Petender yang hadir Taklimat dan Lawatan Tapak
       sahaja yang akan dibenarkan membeli Dokumen Tawaran.

3.    Hanya Penama di dalam Perakuan Kementerian Kewangan (KKM), Perakuan  Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja
       Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak tersebut. Petender tidak boleh mewakilkan pegawai
       selain daripada Penama di dalam sijil-sijil yang dinyatakan.

4.    Petender yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat dan Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan
       seperti berikut :-
          I.    Tidak dibenarkan menyertai Taklimat dan Lawatan Tapak
          II.    Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini
          III.    Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan

5.    Dokumen Tawaran Boleh di beli selepas Taklimat Dan Lawatan Tapak pada waktu pejabat dengan mengunakan Wang Tunai
       /Deraf Bank atas nama BENDAHARI UiTM.

6.    Petender-petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran ASAL KKM, CIDB, PPK, SPKK dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada)
       beserta SALINAN sijil-sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut

7.    Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti yang dinyatakan.

8.    Tawaran ditutup pada Tarikh & Masa yang di nyatakan. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.