SEPANGAR, 14 Ogos 2019 - Majlis Qurban dan Aqiqah anjuran UiTM Cawangan Sabah yang dilangsungkan di Bukit 2, Perumahan UiTM Sabah berjalan begitu lancar sekali. Sebanyak 11 ekor lembu ditumbangkan pada majlis qurban kali ini semalam, iaitu jumlah tertinggi dicatatkan sepanjang penganjuran majlis ini di UiTM Cawangan Sabah.

Seramai 65 peserta menyertai ibadah ini pada tahun ini yang mana 11 bahagian dikhususkan untuk ibadat akikah dan selebihnya korban.

Operasi kali ini yang masih menggunakan model pengurusan tahun-tahun lepas iaitu penetapan ketua bagi setiap kumpulan melapah haiwan qurban terbukti banyak menyumbang kepada kelancaran kerja.

Kerja-kerja melapah siap sepenuhnya sekitar jam 11.15 pagi apabila kerja penyembelihan bermula seawal jam tujuh setengah pagi. Kerja-kerja penyembelihan dan melapah daging turut dibantu oleh beberapa tenaga profesional yang didatangkan khas dari Kota Belud. Semua daging korban selesai diagihkan kepada penerima setengah jam kemudiannya.

Yang Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline yang turut menyertai acara ini telah sudi menyampaikan sumbangan daging korban kepada peserta-peserta korban dan orang ramai. Turut hadir ialah Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Jasman Hj. Jaafar, Timbalan Rektor HEP, Tuan Haji Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad, dan Timbalan Rektor PJIM&A, Dr. Sharifah Nurafizah binti Syed Annuar.

DSC 3525 500   DSC 3544 500
DSC 0426 500    IMG 20190813 095707 500
 IMG 20190813 101607 500    IMG 20190813 121223 500
 IMG 20190813 104024 500    IMG 20190813 095628 500
     
daging

Semua yang hadir dapat menikmati jamuan tengahari berupa nasi, sup tulang dan lain-lain seawal jam 12 tengahari. Jemputan jamuan tengahari ini terbuka kepada semua staf UiTM Sabah termasuk yang bukan beragama Islam.

Pihak Jawatankuasa Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah 1440H/2019 yang dipengerusikan oleh Ustaz Abdullah Khalid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Laporan: Web Admin