Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan/Kerja seperti berikut:-

UiTM/PER/T/7/44/19 : Cadangan Kerja - Kerja Penyelenggaraan Struktur Besi Bangunan Di Kolej Kediaman Mabul Dan Mantanani Di UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu

Tarikh tutup tawaran tender : 07 NOVEMBER 2019 (12:00 t/hari)

Sila klik pada pautan IKLAN TAWARAN TENDERuntuk keterangan lanjut.

Dokumen Meja Tawaran akan dipamer pada 08/10/2019.

Kehadiran Petender ke Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Hanya Petender yang hadir Taklimat dan
Lawatan Tapak sahaja yang akan dibenarkan membeli Dokumen Tawaran. Hanya Penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK),
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak tersebut. Petender tidak boleh mewakilkan
pegawai selain daripada Penama di dalam sijil-sijil yang dinyatakan. Kontraktor yang TIBA LEWAT daripada masa yang telah ditetapkan untuk
sesi Taklimat dan Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan seperti berikut :-

i. Tidak dibenarkan menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak
ii. Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini
iii. Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan

Dokumen Tawaran boleh dibeli Selepas Taklimat Dan Lawatan Tapak waktu pejabat dengan menggunakan Wang Tunai/Deraf Bank atas nama
BENDAHARI UiTM

Petender-petender dikehendaki membawa ‘SALINAN SIJIL-SIJIL VIRTUAL’ / SIJIL ASAL PENDAFTARAN CIDB, SPKK dan Sijil Taraf Bumiputera
(jika ada) dalam bidang/gred seperti diatas semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut

Tawaran ditutup pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Tawaran Tender yang lewat diterima dari waktu tutup tidak akan dipertimbangkan.