Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan/Kerja seperti berikut :-

UiTM/PER/T/7/54/19 : Cadangan Kerja-Kerja Meroboh Bangunan Lama Di Bawah Pentadbiran UiTM, Di UiTM Cawangan Sabah,
Kampus Kota Kinabalu, Sabah.

Tarikh tutup tawaran tender : 10 DISEMBER 2019 (12:00 t/hari)

Sila klik pada pautan IKLAN TAWARAN TENDERuntuk keterangan lanjut.

Dokumen Meja Tawaran akan dipamer mulai 02/12/2019.

Kehadiran Petender ke Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN.
Hanya Petender yang hadir Taklimat dan Lawatan Tapak sahaja yang akan dibenarkan membeli Dokumen Tawaran 

Hanya Penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) (Rujuk kelayakan tender berkaitan)
sahaja yang boleh menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak tersebut. Petender tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada Penama
di dalam sijil-sijil yang dinyatakan.

Petender yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat dan Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan
seperti berikut : -

I. Tidak dibenarkan menyertai Taklimat dan Lawatan Tapak
II. Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini
III. Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan

Dokumen Tawaran boleh dibeli Selepas Taklimat dan Lawatan Tapak pada waktu pejabat dengan menggunakan
Wang Tunai/Deraf Bank atas nama BENDAHARI UiTM.

Petender-petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran CIDB, PPK, SPKK dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada)
beserta SALINAN sijil-sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut.

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti yang dinyatakan

Tawaran ditutup pada Tarikh & Masa yang di nyatakan. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.