• No : UiTM/CSH/SH/4/20
  • Tajuk : Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Untuk 3 Buah Lif Penumpang Jenama 'OTIS' Secara 'KOMPREHENSIF' Di Bangunan Menara Pustaka Dan Menara Ilmu Bagi Tempoh 3 Tahun (2020-2023) Di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.

 &

  • No : UiTM/CSH/SH/5/20
  • Tajuk : Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Untuk 3 Buah Lif Penumpang Jenama 'EITA' Secara 'KOMPREHENSIF' Di Bangunan Menara Wibawa Dan Ujana Sarjana Bagi Tempoh 3 Tahun (2020-2023) Di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.

 

 

  • No : UiTM/CSH/SH/3/20
  • Tajuk : Cadangan Perkhidmatan Mengambil Dan Membuang Tuala Wanita Di UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun.
  • Muat Turun Iklan

SEPANGAR, 23 Ogos 2018 - Majlis Qurban dan Aqiqah anjuran UiTM Cawangan Sabah yang dilangsungkan di Bukit 2, Perumahan UiTM Sabah berjalan begitu lancar sekali. Sebanyak 6 ekor lembu ditumbangkan pada majlis qurban kali ini, iaitu berkurangan 2 ekor berbanding tahun lepas. Kerja-kerja melapah kesemua lembu siap sepenuhnya pada jam 11 pagi apabila operasi penyembelihan bermula pada jam 8 pagi. Kerja-kerja penyembelihan dan melapah daging turut dibantu oleh beberapa tenaga profesional yang didatangkan khas dari Kota Belud. Semua daging qurban selesai diagihkan kepada kira-kira 160 orang ramai dan juga peserta pada jam 11.45 pagi.

bannerkorban2018

Yang Berbahagia Timbalan Rektor HEA UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Jasman Jaafar dan Timbalan Rektor HEP, Tuan Haji Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad telah sudi menyampaikan sumbangan daging qurban kepada peserta-peserta qurban dan orang ramai sebagai mewakili Yang Berbahagia Rektor, Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan.


Berkat kerjasama daripada semua pihak, di samping faktor penetapan ketua bagi setiap kumpulan melapah haiwan qurban, majlis tersebut dianggap berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Sama seperti tahun lalu, ketua ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap haiwan qurban yang diamanahkan kepadanya; bermula daripada ia disembelih, dilapah hinggalah kepada peringkat akhir, iaitu pembungkusan dan pengagihan.


Semua yang hadir dapat menikmati jamuan tengahari berupa nasi, sup tulang dan lain-lain pada jam 12.30 tengahari. Jemputan jamuan tengahari ini terbuka kepada semua staf UiTM Sabah termasuk yang bukan beragama Islam.

Untuk makluman warga kampus, Program Pensijilan Data Camp akan dianjurkan dan terbuka kepada semua pelajar UiTM Cawangan Sabah yang berkelayakan. Pelajar akan mengikuti kursus Python Programmer secara hands-on sepanjang mengikuti program ini. Program ini akan melahirkan dan mengembangkan bakat dalam bidang Analitik Data Raya yang akan diiktiraf sebagai data professional yang akan menyumbang kepada keperluan industri.

 

Maklumat program :

Tarikh : 15 Julai - 19 Julai 2019 (semasa cuti semester)
Lokasi : Big Data Lab, UiTM Cawangan Sabah

Untuk pendaftaran, sila isi borang atas talian ini: 

https://forms.gle/WARxCuFGUTSB9w6k7

selewat-lewatnya 20 Jun 2019. Tempat adalah terhad kepada 30 orang sahaja.

 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan :

Puan Munirah Rossdy - 0148536000 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Encik Janvin Janteng - 0198323436
Puan Nasrah Naharu – 0198807005

 

SEPANGAR, 4 September -  Majlis Qurban dan Aqiqah anjuran UiTM Cawangan Sabah berjalan dengan lancar malah memecahkan rekodnya yang tersendiri setelah kerja-kerja melapah 8 ekor lembu siap sepenuhnya kira-kira jam 11 pagi apabila kerja penyembelihan bermula kira-kira jam 8 pagi. Semua daging korban selesai diagihkan kepada penerima setengah jam kemudiannya.

bannerkorban2017850

 

Yang Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline yang turut menyertai acara ini telah sudi menyampaikan sumbangan daging korban kepada peserta-peserta korban dan orang ramai. Turut hadir ialah Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Jasman Hj. Jaafar, Timbalan Rektor HEP, Tuan Haji Sheikh Junaidi Sheikh Mohammad, Timbalan Rektor PJIM&A, Dr. Rozita @ Uji Mohamed, Prof. Madya Ustaz Yunus Abd Samed dan mantan Timbalan Rektor HEP, Encik Ag Bakar Ag Tatam.

Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline melahirkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Majlis Qurban dan Aqiqah tahun ini atas kelancaran majlis dan kejayaan penganjurannya. Begitu juga dengan timbalan-timbalan Rektor, mereka berpuas hati dengan pengurusan majlis korban tahun ini. Ini semua adalah berkat kerjasama daripada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakannya, di samping faktor penetapan person in charge atau ketua bagi setiap kumpulan melapah haiwan korban. Ketua ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap haiwan korban; bermula daripada ia disembelih hinggalah kepada peringkat akhir, iaitu pembungkusan dan pengagihan.

Semua yang hadir dapat menikmati jamuan tengahari berupa nasi, sup tulang dan lain-lain seawal jam 12 tengahari. Jemputan jamuan tengahari ini terbuka kepada semua staf UiTM Sabah termasuk yang bukan beragama Islam.

 

korban201719 korban201720 

korban201713 korban201714

korban20176 korban201712

korban201711 korban201717

korban2017224 korban2017225

Kredit Foto: Dr. Rozita @ Uji Mohamed