UNITPENGURUSANKUALITI

MENGENAI UNIT PENGURUSAN KUALITI

Unit Pengurusan Kualiti bertanggungjawab mengurus dan melaksana proses-proses kualiti melalui beberapa siri Audit Kualiti dan Amalan Pengurusan Terbaik agar penambahbaikan berterusan menjadi keutamaan kampus dan universiti. Sistem ini diwujudkan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksana dengan cekap, tepat dan berkesan berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.

Fungsi-fungsi utama unit ini adalah :
  • Merangka, merancang dan mengurus pembangunan dan perlaksanaan matlamat, objektif, dasar, prosedur dan sistem yang berkaitan dengan kualiti dan jaminan kualiti

  • Membangun, melaksana, berkomunikasi dan mengekalkan pelan kualiti bagi memastikan kepatuhan kepada semua keperluan peraturan dan perundangan

  • Menyediakan perancangan tahunan dan latihan dan aktiviti kualiti

  • Merancang, menyelaras dan memantau pergerakan/aktiviti/infrastruktur kualiti dan UiTM (5S, KIK, pelaksanaan dan penyelenggaraan SPK, Penilaian Kendiri, Audit dan AKNC)

  • Menyediakan permohonan peruntukan belanjawan tahunan aktiviti kualiti

Button

PIAGAM PELANGGAN

 
  • Merangka, merancang dan mengurus pembangunan dan perlaksanaan matlamat, objektif, dasar, prosedur dan sistem yang berkaitan dengan kualiti dan jaminan kualiti

  • Melaksanakan pelaksanaan Audit Dalaman dua kali setahun.

  • Memantau pengurusan dokumen dan rekod sekurang-kurangnya dua kali setahun.

  • Memantau dan menilai amalan EKSA sekurang-kurangnya dua kali setahun.

  • Memantau dan menilai pelaksanaan projek KIK sekurang-kurangnya dua kali setahun.

  • Mengadakan Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang setiap tahun.

Button

VISI

Untuk menerajui pergerakan dan praktis kualiti di UiTM Cawangan Sabah.

MISI

Untuk membantu mengukuhkan dan memperkemaskan sistem pengurusan kualiti di UiTM Cawangan Sabah berdasarkan prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) UiTM Cawangan Sabah mematuhi Kod Amalan Audit Institusi (COPIA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ISO 9001: 2008 dan keperluan.
  • Untuk memastikan bahawa setiap jabatan / unit mempunyai sistem pengurusan dokumen dan rekod yang baik.
  • Untuk memastikan bahawa setiap jabatan / unit mempunyai sistem pengurusan pelanggan yang baik.
  • Untuk memastikan bahawa setiap jabatan / unit mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam  (EKSA).
  • Untuk memastikan bahawa setiap jabatan / unit mengambil bahagian dalam projek Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK).
  • Untuk memastikan bahawa UiTM Cawangan Sabah berusaha untuk memenangi anugerah dalam pertandingan berkaitan pengurusan kualiti.

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my