PROFILKAMPUS
FILOSOFIUNIVERSITI
VISIUNIVERSITI
MISIUNIVERSITI
OBJEKTIF UNIVERSITI
2. Menyediakan pendidikan terkehadapan bertaraf dunia.
3. Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah untuk kemajuan negara dan kemakmuran global.
4. Menggilap kepimpinan graduan holistik, serba boleh dan berciri keusahawanan yang kompetitif sehingga ke peringkat global.
5. Memperkasa penghayatan falsafah dan nilai warga UiTM melalui program pengukuhan insan dan suri teladan.
6. Mengungguli kesarjanaan ilmu terkehadapan melalui penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan berimpak tinggi serta lestari.
7. Melebar luas jaringan melalui sinergi bersama alumni, industri, akademia, komuniti dan kerajaan untuk memperkasakan bidang tumpuan strategik universiti.
8. Menjuarai kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang efektif dan efisien selari dengan agenda kelestarian global.
9. Menyediakan infrastruktur kondusif dan ekosistem digital terkehadapan.
10. Menjana pendapatan, mengurus sumber dan kewangan dengan cekap, telus, berintegriti dan efektif bagi kelestarian organisasi.
NILAI UNIVERSITI
Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh
2) SINERGI
Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat
3) INTEGRITI
Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi











UiTM Dihatiku
Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita Berjaya...demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM...Usaha Taqwa Mulia
Wawasan Setia Warga UiTM
Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita...
Jangan mudah terlupa
Pengorbanan perjuangan anak bangsa
Kita...
Jangan mudah terleka
Kemajuan keamanan yang ada
Kita...
Berterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita...
Rasa penuh bersyukur
Kerahmatan, kemuliaan dariNya
Kamilah
Pendokong, pewaris bangsa
Kamilah
Pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah
Warga berwawasan
Untuk negaraku







