WAKAFPUSAT ISLAM BAHARU

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Ayuh BERWAKAF / BERINFAQ bagi pembinaan PUSAT ISLAM UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Rebut peluang berinfaq dan menjadi nadi penggerak kekuatan ekonomi Islam disamping mengejar ganjaran pahala berterusan membina rumah Allah S.W.T. Bersama beriktiqad menjadi aspirasi universiti bagi membangunkan generasi madani, pewaris pertiwi dan pencetus transformasi ummah.

Hadis riwayat Abu Hurairah R.A. :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya" (Hadis Riwayat Muslim).

Sumbangan infaq / wakaf bolehlah dilaksanakan melalui kaedah-kaedah berikut :

1) Pindahan wang ke AKAUN AMANAH UiTM CAWANGAN SABAH (Bank Islam Malaysia Berhad) 10052010117797

2) Skim Potongan Gaji (bagi Staf) melalui FINePortal UiTM "INFAQ PST ISLAM UiTM SABAH"

3) Pindahan Wang melalui Aplikasi SnapNPay.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

(Al-Baqarah [2]: 127 dan 128).


Sekian, terima kasih.

SASARAN WAKAF (FASA 1) RM 2, 000, 000
JUMLAH WAKAF TERKINI = RM 440, 876.0922%
sehingga 12 Julai 2023
Image
Image
Image

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my