BAHAGIANHAL EHWAL PELAJAR

MENGENAI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu bahagian yang penting di dalam organisasi kampus cawangan. Bahagian ini bertanggungjawab untuk membantu Universiti bagi melahirkan gradúan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) dan berpesonaliti unggul bagi memenuhi keperluan global.

Peranan ini dimainkan menerusi dua fungsi terasnya iaitu Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan lain diberikan kepada pelajar berdasarkan keperluan bagi memastikan kebajikan pelajar terus terjaga.

Bahagian ini berfungsi melalui unit-unit penting seperti berikut :

Button
UNIT PENTADBIRAN AM
UNIT PENTADBIRAN AM$20.00
  • Menguruskan Aktiviti dan Persatuan Pelajar

    • Penyelarasan Aktiviti Pelajar
    • Mengadakan aktiviti
    • Memproses dan mengeluarkan surat kelulusan aktiviti Persatuan/kelab Dalaman Pelajar
    • Memantau keberkesanan aktiviti

     

  • Menguruskan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar

    • Menyelaras bantuan kebajikan kepada pelajar yang terlibat dengan bencana (banjir, kebakaran, tanah runtuh), ibubapa meninggal dunia, kemalangan, kecederaan dan kematian
    • Menyelaras bantuan kewangan pelajar samada melalui biasiswa / dermasiswa / pinjaman termasuklah Pinjaman PTPTN, Biasiswa JPA (Negeri dan Persekutuan), Bantuan Kewangan Persatuan Alumni UiTM Sabah, Baitulmal, Pusat Zakat (UiTM, Negeri dan Persekutuan) atau penaja-penaja lain
    • Memberi peringatan dari semasa ke semasa berkaitan dengan peraturan Universiti
    • Mengambil tindakan ke atas pelajar yang melanggar peraturan dengan memberikan peringatan lisan atau surat peringatan atau Tindakan Tatatertib.
    • Tabung kebajikan Pelajar .(Pimjaman Wang, Bantuan Bencana Alam,Kecurian,Kebakaran,Tambang Melawat Jenazah Ibu/Bapa).
    • Tabung Kecemasan Pelajar ( Bantuan Kematian Kepada Waris, Bantuan Kecederaan)
    • Pengurangan/Pengecualian bayaran yuran pelajar
    • Bantuan kewangan kepada OKU
    • Menguruskan Skim Khidmat Pelajar

     

  • Menguruskan Hal Ehwal Pentadbiran Unit

    •  Menguruskan Inventori dan peralatan
    • Menguruskan Majlis Perwakilan Pelajar
    • Menguruskan rekod

       

UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING$20.00
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
  • Memberi perkhidmatan dan penempatan kerjaya.
  • Menganjurkan program / seminar kaunseling dan kerjaya
UNIT KESIHATAN
UNIT KESIHATAN$20.00
  • Memberi rawatan pesakit
  • Pengurusan stor dan bekalan.
  • Pentadbiran am.
  • Pengawalan penyakit berjangkit.
  • Kempen kesedaran kesihatan.
  • Menyediakan kemudahan perlidungan perubatan.
UNIT PENGURUSAN KOLEJ DAN NR
UNIT PENGURUSAN KOLEJ DAN NR$20.00
  • Menguruskan Kemudahan Penempatan Pelajar dan Pelawat
  • Menguruskan Permohonan Elaun Bantuan Makan Pelajar
  • Menguruskan Kebajikan Pelajar NR
UNIT KOKURIKULUM
UNIT KOKURIKULUM$20.00
  • Melaksanakan program latihan kokurikulum ke arah pembentukan peribadi pelajar secara pembangunan yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambahan (value added) bagi mewujudkan graduan yang bersifat holistik dan menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM.
  • Menyelaras dan menyelia kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan.
  • Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan dan menyeluruh serta sempurna bagi membina jatidiri pelajar.
  • Menyediakan latihan – latihan berdasarkan silibus.
UNIT KEBUDAYAAN
UNIT KEBUDAYAAN$20.00
  • Memberi perkhidmatan kepada staf dan pelajar dalam segala bidang seni seperti tari melayu, teater moden dan tradisional, muzik moden dan tradisional.
  • Menjadi agen kepada penubuhan lebih banyak persatuan-persatuan seni dan kebudayaan di kalangan pelajar.
  • Bertindak sebagai badan yang mengawal selia persembahan-persembahan kebudayaan anjuran persatuan-persatuan pelajar ataupun yang dianjurkan oleh pihak Universiti.
  • Mempelopori dan menghantar peserta untuk semua pertandingan seni dan kebudayaan seperti Festival Tari, Pekan Teater, Pertandingan Lagu Asli anjuran MAKUM atau pun pihak luar samada peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa.
  • Memberi komitmen dan dayausaha yang tinggi dalam menaikkan nama universiti di mata masyarakat dengan menganjurkan pertandingan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.
  • Membuka ruang dan galakan kepada individu dan kumpulan yang ingin membuat penyelidikan kebudayaan.
  • Mempergiatkan aktiviti kebudayaan seperti bengkel dan seminar di universiti bagi melahirkan staf dan pelajar yang aktif dan boleh menyumbang mengharumkan nama universiti.
  • Menyelaras dan menawarkan silibus kokurikulum kebudayaan muzik tradisi, tarian, teater dan lain-lain.
UNIT SUKAN
UNIT SUKAN$20.00
  • Melaksanakan aktiviti kecergasan sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
  • Memastikan penglibatan sekurang-kurangnya 80% pelajar di dalam aktiviti sukan dan kecergaan.
  • Menganjurkan aktiviti sukan sekurang-kurangnya 10 kali setahun.
  • Memastikan kemudahan sukan di dalam keadaan sedia untuk digunakan di dalam tempoh 3 hari bekerja setelah permohohonan dibuat.
  • Menguruskan pinjaman peralatan sukan dalam tempoh 2 hari bekerja setelah permohonan dibuat.
  • Menyertai pertandingan atau kejohanan sukan berprestasi tinggi sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
UNIT KEPIMPINAN PELAJAR
UNIT KEPIMPINAN PELAJAR$20.00
  • Melaksanakan Modul Latihan Program Pembangunan & Kepimpinan Pelajar
  • Melaksanakan Ceramah / Kursus / Seminar Kenegaraan
  • Menganjurkan program kepimpinan

VISI

Menjadi sekretariat Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Sabah yang unggul.

MISI

Mengurus dan menyediakan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar dengan cekap dan berkualiti.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pelajar bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang holistik dan mempunyai nilai tambah secara berterusan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan bantuan kebajikan kepada pelajar yang memohon dan layak.
  • Menyediakan kemudahan penginapan 100% mengikut tahap kapasiti sedia ada berdasarkan kelayakkan.
  • Menyediakan bantuan elaun makan sekurang – kurangnya 75% kepada pelajar sepenuh masa mengikut kelayakan.
  • Merancang menyelaras Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
  • Merancang dan menyelaras Kegiatan Rekreasi dan Aktiviti Lasak Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
  • Merancang dan menyelaras Program Promosi Kesihatan Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
  • Merancang dan menyelaras Program Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling Sekurang-kurangnya 4 Program Dalam Setahun.
  • Memastikan Penglibatan Sekurang-kurangnya 80% Pelajar Di Dalam Aktiviti Sukan.

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my