BAHAGIAN PENYELIDIKAN JARINGAN INDUSTRI,MASYARAKATDAN ALUMNI

MENGENAI BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JARINGAN INDUSTRI, MASYARAKAT DAN ALUMNI

Pada 1 Februari 2009, Bahagian Jaringan Penyelidikan, Perkaitan Industri, Komuniti dan Alumni telah ditubuhkan secara rasmi di UiTM Sabah. Bahagian ini dibuat khas untuk mendorong aktiviti penyelidikan di UiTM sebagai salah satu cara untuk menaikkan taraf universiti ke status universiti penyelidikan, dan juga untuk mengeratkan hubungan dengan industri, masyarakat dan alumni. Kegiatan yang dilakukan oleh bahagian ini dilihat saling bermanfaat bagi semua pihak yang terlibat, yang akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan negara secara keseluruhan.

Sejak penubuhannya, bahagian ini telah diterajui oleh Timbalan Rektor yang telah dilantik seperti berikut:

1) YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Kadir bin Rosline
2) Prof. Madya Dr. Uji @ Rozita Mohammed
3) Dr. Sharifah Nurafizah binti Syed Annuar

Bahagian ini melaksanakan fungsi-fungsinya melalui beberapa unit penting untuk memastikan objektif serta tanggungjawab bahagian ini dijalankan dengan teratur dan efektif. Unit-unit terlibat adalah:


Button
UNIT PENTADBIRAN AM
UNIT PENTADBIRAN AM$20.00
  • Menjalankan operasi harian pejabat.
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti unit di bawah jabatan
  • Menyediakan laopran-laporan berkaitan jabatan
  • Membantu menyelaras program-program yang dijalankan di bawah seliaan jabatan
  • Menyediakan sistem maklumat berkaitan penyelidikan dan jaringan industri 
UNIT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
UNIT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN$20.00
  • Memberi khidmat nasihat mengenai permohonan dana penyelidikan
  • Merekod data dan melaporkan laporan berkaitan penyelidikan dan seliaan
  • Menyelia aktiviti melibatkan penyelidikan dan perundingan
  • Menganjurkan aktiviti yang melibatkan pembangunan penyelidikan
UNIT JARINGAN INDUSTRI, MASYARAKAT DAN ALUMNI
UNIT JARINGAN INDUSTRI, MASYARAKAT DAN ALUMNI$20.00
  • Menyelaras aktiviti jaringan industri dan masyarakat
  • Menyediakan laopran dan pangkalan data berkaitan aktiviti jaringan industri dan masyarakat
  • Mengenalpasti dan melebarkan jaringan bersama industri dan masyarakat dalam usaha untuk memasyarakatkan universiti
UNIT KEUSAHAWANAN
UNIT KEUSAHAWANAN$20.00
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti keusahawanan
  • Mengenalpasti dan menyelia potensi dan ruang perniagaan dan aktiviti penggalakan pembangunan usahawan di kalangan ahli universiti
  • Menganjurkan dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti melibatkan keusahawanan sama ada di peringkat universiti mahu pun luar

VISI

Menjadi peneraju kepada penghasilan penyelidikan, memasyarakatkan universiti, membina jaringan bersama industri dan alumni.

MISI

Mengurus dan menyelaraskan semua aktiviti melibatkan penyelidikan, jaringan industri, masyarakat dan alumni dengan cemerlang.

OBJEKTIF

  • Mendorong dan menguruskan aktiviti penyelidikan dengan berkesan Untuk menjalin hubungan profesional dan berterusan antara universiti dan agensi luar
  • Menggalakkan dan menyediakan kemudahan serta penyertaan aktif di kalangan penyelidik dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi dan boleh dikomersialkan
  • Membantu penyelidik dalam hal-hal pengurusan aktiviti penyelidikan dan perundingan melalui penggunaan dana yang cekap dan sistematik 
  • Menawarkan nasihat, pangkalan data maklumat bersepadu, dan pusat pengetahuan untuk aktiviti penyelidikan dan perundingan
  • Membina hubungan baik di antara universiti dan industri melalui persefahaman dan persetujuan secara profesional
  • Memberi sokongan penuh untuk aktiviti penyelidikan, hubungan bersama industri dan penglibatan alumni 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan semua bengkel / kursus / seminar akan dijalankan oleh semua unit sekurang-kurangnya tujuh (7) kali setahun
  • Mengemukakan cadangan penyelidikan ke Institut Pengurusan Penyelidikan setelah satu (1) hari penerimaan
  • Memastikan semua laporan diselesaikan dalam tiga (3) hari dan diserahkan kepada unit / jabatan / fakulti yang meminta
  • Membantu pensyarah dalam aktiviti penyelidikan dan perundingan
  • Memastikan seratus (100) permohonan penyelidikan dan lima puluh (50) pendaftaran penyelidikan setiap tahun diserahkan ke Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI)
  • Menyelaraskan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti hubungan industri per tahun Memantau aktiviti keusahawanan sehingga dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efisien
  • Memastikan sekurang-kurangnya dua (2) aktiviti pembangunan keusahawanan akan dilaksanakan setiap tahun
  • Memastikan semua strategi perancangan strategik akan disusun dan direkodkan secara sistematik sehingga dapat dipantau dengan berkesan
  • Memastikan sekurang-kurangnya tiga belas (13) pelajar terpilih untuk mengikuti program Tunas Mekar Negeri Sabah
  • Memastikan sekurang-kurangnya dua (2) graduan Program Tunas Mekar berjaya menjadi usahawan dalam projek masing-masing.

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my