BAHAGIANKEWANGAN

MENGENAI BAHAGIAN KEWANGAN

Bahagian Kewangan UiTM Sabah mempunyai lima unit utama yang mempunyai fungsi khusus dalam penyampaian perkhidmatan pengurusan kewangan universiti. Unit-unit tersebut ialah; Unit Pengurusan Wang, Unit Pengurusan Perolehan dan Bajet, Unit Pengurusan Akaun dan Amanah, Unit Pengurusan Harta dan Stor dan Unit Pentadbiran Am.

Pada masa ini, jumlah pegawai dan staf yang bertugas di bahagian ini adalah seramai 18 orang dengan diketuai oleh seorang Timbalan Bendari, dan dibantu oleh seorang Penolong Bendahari, dua orang Penolong Akauntan Kanan, tiga orang Penolong Akauntan, tiga orang Pembantu Tadbir Kewangan Kanan, lima orang Pembantu Tadbir Kewangan, seorang Penyelenggara Stor Kanan, seorang Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi dan seorang Pembantu Operasi Kanan.

Button
UNIT PENGURUSAN WANG
UNIT PENGURUSAN WANG$20.00
  • Menguruskan bayaran kepada pembekal
  • Menguruskan pembayaran kepada kakitangan (tetap/harian) seperti gaji, upah, elaun dan lain-lain
  • Menguruskan terimaan hasil
  • Menguruskan hal kewangan pelajar seperti pendaftaran, kutipan wang, dan penyelenggaraan akaun pelajar
  • Mengeluarkan tuntutan/bil
  • Menguruskan bil tertangguh
  • Menguruskan permohonan Imbuhan Belanja Mengurus
  • Menguruskan Panjar Wang Runcit
  • Membantu Menguruskan Gaji & Kemudahan Staf
  • Menguruskan Pelaburan
UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN DAN BAJET
UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN DAN BAJET$20.00
  • Menguruskan perolehan bekalan, kerja & perkhidmatan secara
    • Pembelian terus
    • Sebut Harga Rasmi
    • Tender
    • Kontrak Pusat
    • Rundingan Terus
    • Kerja Undi/Giliran
  • Menguruskan Pendaftaran Syarikat/Pembekal
  • Pemantauan & Penguatkuasaan kontrak
  • Menguruskan Pemulangan Jaminan Bank
  • Menguruskan Agihan Peruntukan Tahunan
  • Menguruskan Kawalan Belanjawan
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Tambahan
  • Menguruskan tempahan tiket kapalterbang
  • Proses Tempahan Tiket KapalterbangProses Laporan Bulanan Belanjawan
UNIT PENGURUSAN AKAUN DAN AMANAH
UNIT PENGURUSAN AKAUN DAN AMANAH$20.00
  • Menguruskan akaun bagiMenyediakan Penyata Penyesuaian Bank
    • KW Pengurusan
    • KW Amanah
    • KW Pembangunan Cawangan
    • KW Penyelidikan
    • KW Perundingan
    • KW Pendapatan
  • Menyelenggara & mengemaskini rekod-rekod perakaunan seperti Buku Tunai & Lejer
  • Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
  • Menyediakan Laporan Akaun Interim setiap suku tahun
  • Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan
  • Menguruskan bayaran kepada kakitangan , pelajar & pembekal bagi KW Amanah, Penyelidikan, Perundingan & Pendapatan sahaja
  • Kemaskini rekod-rekod perakaunan seperti Buku Tunai & Lejer
UNIT PENTADBIRAN AM
UNIT PENTADBIRAN AM$20.00
  • Menerima Dan Merekod  Surat Keluar & Masuk
  • Menerima & Mengedarkan surat, pekeliling & sebagainya
  • Menguruskan surat menyurat, fail dan rekod
  • Merekod Kelulusan Cuti
  • Menyediakan Laporan Kad Perakam Waktu
  • Menyediakan Surat/Dokumen
  • Mencatat Minit Mesyuarat Bahagian
  • Menguruskan alat kelengkapan pejabat
UNIT PENGURUSAN HARTA DAN STOR
UNIT PENGURUSAN HARTA DAN STOR$20.00
  • Mendaftarkan harta /inventori
  • Melaksanakan proses perekodan dan  penandaan harta/inventori
  • Menguruskan proses pelupusan harta/inventori
  • Menguruskan proses kehilangan harta/inventori
  • Melaksanakan proses Verifikasi Harta
  • Menguruskan proses Pengeluaran Barang-Barang StorMenguruskan Pesanan, Penerimaan Dan Penyimpanan Barang Stor.
  • Melaksanakan proses Verifikasi Stok

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pengurusan kewangan kampus.

MISI

Mengurus dan menyelaraskan semua aktiviti pengurusan kewangan dengan penuh amanah, tanggungjawab dan iltizam.

OBJEKTIF

  • Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih .
  • Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
  • Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun.
  • Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Cawangan yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari.
  • Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari.
  • Mengeluarkan Pesanan Tempatan untuk permohonan perolehan melalui:-

    a. Tender / Sebut Harga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
    b. Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan belian diluluskan dalam FAIS.

  • Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.

  • Menyampaikan e-tiket kapal terbang melalui e-mel selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.

  • Mengeluarkan barang stor dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  • Melaksana keputusan pelupusan dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan satu minggu diterima.

  • Mengemukakan penyata kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya satu minggu diterima.

HUBUNGI KAMI

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah
Kampus Kota Kinabalu
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
 
Tel.     : +6088 - 325151
Faks   : +6088 - 513855
E-mel : korporatsabah@uitm.edu.my